Consumer Goods Press Releases
SEE OTHER BRANDS

Catch up with consumer goods news from the world

Bitget Kini Menguasai 7.2% Pasaran Derivatif Global, Tersenarai dalam 3 Teratas – Sorotan Laporan Bitcoin.com

VICTORIA, Seychelles, Aug. 03, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka, hari ini turut melancarkan bersama Bitcoin.com sebuah panduan pendidikan utama bertajuk “Crypto Derivatives 101 – Market Breakdown: Who’s Winning the Race?”. Panduan ini direka untuk membantu pengguna baharu memahami pasaran derivatif yang berkembang pesat. Ia juga menyorot kepimpinan Bitget apabila bahagian pasaran syarikat itu meningkat dua kali ganda kepada 7.2% pada tahun 2025, berbanding 4.6% pada -awal- tahun ini.

Seperti yang diperincikan dalam laporan yang baru diterbitkan, Bitget telah muncul sebagai bursa derivatif ketiga terbesar di dunia berdasarkan jumlah dagangan. Pada bulan April 2025 sahaja, platform ini telah memproses $92 bilion dalam dagangan niaga hadapan. Bahagian pasaran Bitget meningkat daripada 4.6% pada awal tahun kepada 7.2%, meletakkannya tepat di belakang Binance dan OKX. Dengan Binance kekal sebagai peneraju pasaran pada 38%, kemaraan pantas Bitget menyerlahkan daya tarikan yang kukuh dalam kalangan pelabur runcit serta peningkatan kecenderungan institusi — khususnya bagi derivatif berasaskan ETH, di mana Bitget kini mengatasi Binance dari segi kecairan dalam julat dagangan utama.

"Kami percaya bahawa akses kepada pendidikan adalah asas utama," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. "Derivatif kripto sering disalah faham atau dianggap terlalu rumit, terutamanya oleh pengguna baharu. Dengan panduan ini, kami ingin mengubah tanggapan itu. Kami mahu memastikan bahawa pengguna runcit dan institusi berasa yakin untuk memahami, menavigasi dan memanfaatkan alat berkuasa yang tersedia untuk mereka. Bitget berbangga menjadi peneraju industri ini dengan pendekatan yang mengutamakan pengguna, disokong oleh alat dikuasakan AI, inovasi kecairan serta komitmen terhadap ketelusan dan kebolehcapaian."

Laporan Crypto Derivatives 101 berfungsi sebagai panduan praktikal yang mesra pemula untuk memahami cara derivatif berfungsi dan kepentingannya dalam pasaran masa kini. Ia menghuraikan instrumen utama seperti niaga hadapan (futures), opsyen (options) dan pertukaran kekal (perpetual swaps), serta menerangkan bagaimana alat ini digunakan untuk tujuan lindung nilai (hedging), spekulasi dan arbitraj.

Ciri menonjol dalam laporan ini ialah perbandingan menyeluruh antara pasaran kekal berpusat (CEX) dan terdesentralisasi (DEX), dengan menilai faktor seperti kecairan, gelinciran harga (slippage), yuran, kelajuan pelaksanaan serta penjagaan aset. Bitget, Binance, dan OKX didapati mendahului dalam aspek kedalaman kecairan dan kesediaan institusi, manakala platform seperti GMX dan Hyperliquid menawarkan ketelusan yang tiada tandingan serta kawalan kendiri (self-custody) untuk pengguna asli DeFi.

Laporan ini turut menyertakan senario dagangan dunia sebenar bagi membantu pembaca memahami jenis platform yang paling sesuai dengan matlamat mereka. Sebagai contoh, pedagang runcit yang menguruskan posisi saham modal kecil mungkin mendapat manfaat daripada antara muka pengguna Bitget yang intuitif, yuran rendah, serta kemudahan deposit mata wang fiat. Sebaliknya, pengguna asli DeFi yang mengutamakan anonimiti dan kebolehsusunan cenderung memilih DEX yang tidak memerlukan kebenaran. Institusi yang menjalankan dagangan blok besar cenderung memilih CEX seperti Bitget kerana kecekapan modal yang lebih tinggi, ketersediaan alat pengurusan risiko, serta pematuhan terhadap peraturan kawal selia. Kajian kes ini menjadikan kandungan laporan lebih relevan dengan keputusan dunia nyata sekali gus menjadikannya panduan yang boleh diambil tindakan oleh pengguna baharu.

"Industri kripto telah berkembang jauh dari segi legitimasi, namun aspek pendidikan kekal sebagai halangan utama," kata Eli Bordun, Pengarah Perkongsian di Bitcoin.com. "Laporan ini menghuraikan langkah demi langkah bagaimana pasaran kripto moden berfungsi. Derivatif sering dilihat sebagai alat untuk golongan profesional — tetapi ia semakin relevan bagi pengguna biasa, DAO dan juga pemain kewangan tradisional yang menerokai ruang ini. Melalui bekerjasama dengan Bitget dalam menghasilkan laporan ini, kami berhasrat untuk menjelaskan instrumen-instrumen ini serta menyokong penyertaan yang selamat dan termaklum dalam pasaran."

Laporan ini turut menyerlahkan trend baharu muncul yang dijangka membentuk era seterusnya derivatif kripto. Salah satu tema utama ialah kemunculan aset dunia sebenar yang ditokenkan (RWAs), yang semakin banyak diintegrasikan dalam produk derivatif dan strategi hasil pulangan. Satu lagi ialah perkembangan platform dagangan berkuasa AI, yang mengubah cara pengguna runcit dan institusi mengurus portfolio, memilih strategi dan mengurangkan risiko. Ketelusan kawal selia juga semakin baik, dengan rangka kerja seperti MiCA dari EU dan MAS dari Singapura membuka laluan untuk inovasi yang bertanggungjawab.

Akhir sekali, laporan ini meneroka evolusi model CeDeFi (Kewangan Terpusat-Terdesentralisasi), di mana platform seperti Bitget mengabungkan yang terbaik daripada kedua-dua dunia: jagaan aset yang selamat dan antara muka pengguna yang intuitif, bersama akses aset tanpa kebenaran dan integrasi DeFi.

Dengan laporan ini, Bitget dan Bitcoin.com menegaskan semula komitmen bersama mereka untuk membina persekitaran dagangan kripto yang lebih inklusif. Memandangkan derivatif semakin menjadi teras kepada kewangan digital, Bitget bukan sahaja berada dalam kedudukan sebagai peneraju pasaran — malah sebagai jambatan antara generasi pengguna seterusnya dengan alat yang akan mentakrifkan masa depan kewangan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat laporan penuh di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang dahulunya ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan berjuta-juta token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, staking, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.
Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila : hubungi media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/6595d449-33e8-478f-a5d3-67dc9f840558


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions